Thursday, 16 September 2010

Mee Goreng Mamak



Bahan-bahan:
200g mee kuning
sedikit tauge
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 keping tauhu goreng (potong ikut suka)
1 keping cucur udang (potong ikut suka)
sedikit sawi
1 biji telur
*2 sudu besar kuah mee rebus (5 biji kentang rebus + udang kering kisar masak sampai jd pekat) atau bleh guna air kosong saja
buah tomato (tak letak pun tak pa)
garam
minyak masak
Daging yang dah direbus dan dipotong nipis
Jom Masak:
1.    Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili boh dan masak hingga garing. Masukkan sawi, tauge, kicap, sos tomato dan garam kacau sebati.
2.    Masukkan kuah mee rebus atau sedikit air kosong, daging, mee dan goreng dengan api sederhana dah sebati masukkan telur. Kacau sebati dah sedia untuk dihidangkan. Klau rajin hiasa la dengan bawang goreng dan telur rebus. Selamat mencuba..

Tuesday, 14 September 2010

Ketam Goreng Pedas Bermadu


 

Bahan-Bahan:
5-10 biji cili kering dikisar dengan secubit belacan tapi kalau malas pakai ja 2 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos cili
1 biji bawang besar (kisar)
1 biji bawang putih (kisar)
1 batang kayu manis
1 sudu besar madu
Garam
Gula
air
tepung gandum 
daun ketumbar (hiasan)

Caranya.
1. Gaul ketam dengan sedikit garam dan tepung gandum, goreng hingga agak masak dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar, setelah naik bau baru masukkan cili boh, selepas itu masukkan madu, sos cili dan air, bila agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan garam dan gula, gaul sebati. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Dah siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Salam Perkenalan..

Blog ni adalah himpunan resepi-resepi yang aku dan hubby suka. Sekadar berkongsi resepi. Orang tua-tua pesan nak pikat suami, pikat la melalui masakan. Ntah la betul ka tidak. Sebelum kawin malas nak mampus nak memasak tapi sejak lepas kawin ni tak sangka rajin plak aku memasak tambah-tambah lani kami dah pindah dari umah mak konon-konon nak belajar idup berdikari sendiri. Kalau ari-ari makan nasi bungkus pun bosan jgk. Kalau ada sapa-sapa nak try resepi yang ada kat sini.. Selamat Mencuba..