Thursday, 21 October 2010

Ikan Kembung Bakar



Bahan-Bahan:

2 ekor ikan kembung saiz sederhana
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam


Jom Masak:

1. Campur semua bahan dlm blender dan blender halus.
2. Kemudian lumur pada ikan tadi dan biarkan dalam 30 minit atau sejam baru bakar..hmmm... sedap kalau makan dengan nasi panas pastu cicah dengan sambal belacan atau air asam, selamat mencuba...

Monday, 4 October 2010

Apom Puri


Kalau pesan kuih dengan my hubby, kuih yang wajib dia pilih and beli apom puri. Sebenarnya saya pun tak pernah tau apa nama kuih ni. My hubby yang perkenalkan kuih ni. Malunya...kheheheee..

Bahan-bahannya untuk kulit apam
300 gm tepung gandum
1 biji telur 
Garam
Air secukupnya 
Pewarna hijau atau pewarna kuning
1 sudu besar Eno
 
Jom masak..
1. Campur semua bahan kecuali Eno masukkan air agak-agak likat macam nak buat lempeng.
2. Bila dah sebati baru campurkan Eno.
3. Panaskan kuali letakan minyak sikit sama macam buat lempeng jugak
4. Ambil 2 sudu dan curahkan atas kuali  lepas tu tutup kejap
5. Bila dah masak angkat dari kuali letak inti kastad dan lipat mcm buat karipap semasa tengah panas supaya senang apom nak melekat



Bahan-bahan untuk inti apam
50 gm tepung jagung
120gm gula kastor
120ml susu segar
250ml air
2biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
25gm mentega

Jom masak..
1. Panaskan semua bahan kecuali mentega atas api sederhana
2. Bila dah hampir pekat tutup api masukan mentega kacau sebati dan angkat.



Sunday, 3 October 2010

Kuih Loyang

Yang ni pebret hubby tiap-tiap kali raya. Kalau tak raya pun, jumpa kat Pekan Rabu or pasar malam mesti dia beli.Kalau kat Kedah, kuih loyang ni di panggil kuih kiambang. Sapa nak try buat kuih loyang ni kat bawah ada resepinya...

Bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Jom masak..

1. Campurkan tepung, gula, garam dan curahkan santan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung. 
2. Masukan telur dan pukul adunan sehingga sebati
3. Panaskan minyak bersama acuan membuat kuih loyang
4. Bila minyak dah panas, angkat bekas acuan kuih loyang dari minyak dan celupkan 3/4 bahagian acuan tersebut ke dalam adunan dan masukkan ke dalam minyak.
5. Panaskan lagi acuan tersebut dan ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis. Selamat mencuba..

**Petua dulu-dulu kalau adunan tepung melekat pada bekas acuan, rendam sebentar bekas acuan kuih loyang tersebut dlm bekas berisi air asam keping.